Friday, November 26, 2010

di keheningan malam yg disertai dengan hujan merembes dan membasahi bumi ini, aku termenung keseorangan sambil mataku kagum melihat langit yg indah itu. sungguh ! aku terpana melihat nya walaupun kelihatan gelap dan samar samar, tetapi aku masih kagum dengan ciptaan Mu ini Ya ALLAH. sesunguh nya ia sangat membuat kan hati ku meruntun hiba tatkala aku mengamati segenap daerah langit ini. ada tangisan di situ, mengalir dipipi ku yg kusam ini. yaa, kusam dan tidak terurus dek kerana aku terlalu melayani perasaan ku yg sering saja memikir kan hal hal yg tidak perlu dan tidak sepatut nya aku fikir kan. sehinga aku terlupa untuk memikir kan tentang diri ku ini. mengapa ? mengapa perlu aku jd sebegini ? ahhh, buang kan saja perasaan itu ! BUANG ? ohh tidak mungkin dapat kulaku kan, tidak sama sekali. 

tetapi, mengapa kah bayangan bayangan 'hitam' itu sering bermain di ruangan fikiran dan mata ini ? mengapa ? bukankah aku sudah membuang semua itu lama dulu ? yaa, sudah ku buang jauh jauh dari sudut hidup ini tetapi sering saja ia kembali berlegar legar di kotak fikiran ini seperti sengaja mahu membuat aku jatuh sakit seperti dahulu yg pernah terjadi. huhh, jangan ! tolong jangan kembali lagi wahai masa silam yg gelap dan hitam itu. sumpah, aku sama sekali tidak memgalu alu kan kedatangan mu. pergi lah kau jauh dari kehidupan ku dan jangan pernah kembali lagi kerana aku tidak mahu hidup dengan di bayangi atau di hantui oleh masa lalu y gelap dan menyiksa kan itu. pergi lah..

wahai hati, bertenang lah. suatu saat kau akan merasa lega kerana kesabaran mu mengharungi setiap dugaan dengan senyuman dan ketabahan walaupun ada titisan air mata yg mengalir dari kelopak kuyu ini. jantung yg berdenyut perlahan seperti mengerti kesedihan di hati ini pasti akan bergerak sempurna tatkala kau mendengar ada denyutan yg berdenyut bersama sama dengan mu, iaitu hati y telah diciptakan untuk mu. yaa, hati itu pasti nya tidak akan mengecewa kan mu seperti masa lalu itu. tidak akan..

wahai hati, bersabar lah..

2 comments:

budak_sempoi! said...

sweet words..ingatlah wahai sahabat Qu..bahawasanya allah mnyanyangi umat nya yg sntiasa bsabar,,namun igt lah juga bhwa ksabaran itu ada batas nya..

budak_sempoi! said...
This comment has been removed by the author.