Wednesday, November 3, 2010

hanya pada mu..

Ya ALLAH, Ya Tuhan ku..
Hanya padaMu tempat hamba memohon, tempat hamba berlindung, tempat hamba mengadu..
hamba serah kan seluruh jiwa dan raga hamba ini hanya padaMu Ya ALLAH.
sesungguh nya hamba sangat merasa hiba saat ini.
entah kenapa tiba tiba hamba menjadi resah dan tak menentu.

Ya ALLAH, Ya Rahman..
berikanlah ketenangan pada hamba, biar kan hamba bernafas dengan tenang dan teratur.
lapang kan fikiran dan dada hamba, dan biar kan segala kekusutan di benak fikiran ini terlerai.
sinar kan mata hamba dari membayang kan perkara perkara buruk y tak sepatut nya hamba bayangkan.
tutupi telinga hamba dari mendengar cerita cerita dusta dan fitnah belaka mahupun perkara buruk y tak disangka.
rapat kan mulut hamba dari berbicara perkara sesuatu y belum pasti lagi kesahihan nya.

Ya ALLAH, Ya Rahim..
jangan biar kan air mata hamba berderai walau setitik pun, dek kerana hamba terlalu melayani perasaan ini.
jangan biar kan hamba ketawa berdekah dekah dek kerana kekufuran hamba kepadaMU.
jangan biar kan hamba bermuram durja dek kerana hamba tidak mampu memenuhi kehendak nafsu.
jangan biar kan hamba tersenyum seorang diri dek kerana hamba lupa utk mempersiap kan diri hamba ke dunia y lebih fana disana.
dan jangan biar kan hamba marah dengan kelalaian hamba kerana terlalu sibuk berfoya foya dengan sahabat seperjungan hamba y 'sedunia' dgn hamba.

Ya ALLAH, Ya Karim..
hamba mohon, tenang kan perasaan hamba, tenang kan hati hamba, tenang kan jiwa hamba dan beri kan hamba kekuatan dalam hamba menghadapi hari hari di dalam kehidupan hamba y penuh dengan persoalan dan dugaan ini. Rabbana Atinafiddunnia Hassanah, Wafilahirati Hassanan Waqina Azabannar. Wasallahhua'la Saidina Muhammad Wa'alaalihi Wassahbihi Wassalam. Walhamdulillah Hirabbil A'lamin. Amin Ya Rabbal A'lamin..


doa menenang kan hati :

"Yaa Muqollibal quluubi Tsabbit Qalbii 'Alaa Diinik"

Ertinya :
"Wahai zat yang membolak balikan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu"



No comments: